JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hari Kenangan Rakan Seperjuangan Di Tugu Negara

Kategori: Akidah
Tahun: 1987
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:

1. Amalan-amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

2. Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak di lakukan di hadapan Tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Klik disini untuk mencetak