JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mimpi Dari Perspektif Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 1994
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:

1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.

2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman Baginda masih hidup.

3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.

4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. 5. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

Klik disini untuk mencetak