JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Jin Menurut Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 1995
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:

1. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.

2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram. 3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram. 4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Klik disini untuk mencetak