JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 1996
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai:

1. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.

2. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian atau kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.

3. Islam sangat menitikberatkn soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti Al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.

4. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.

5. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindungan diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Klik disini untuk mencetak