JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Wahdatul Wujud

Kategori: Akidah
Tahun: 2000
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:

1. Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

2. Bersetuju dengan Fatwa rasmi Negeri Johor yang telah diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut: "Mengikut pendapat ijma ulama' fahaman Wahdatul WUjud adalah kufur. Sesiap yang mempercayai dan mengamalkan adalah murtad. Jika fahamn pengamal tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal".

3. Kitab Kasyf al-Asrar, al-Dar an-Nafis, Hidayah as-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen-elemen al-Wujud tidak dibenarkan dipelajari di masjid-masjid dan di surau-surau.

Klik disini untuk mencetak