Ajaran Azhar Bin Wahab
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(Jawatankuasa Muzakarah MKI) memutuskan bahawa:
1. Ajaran Azhar Bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamal Ajaran Azhar Bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan Wajib bertaubat.