JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, SIkh Dan Kristian)

Kategori: Akidah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, Hadis beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat Al-Quran serta Hadis diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut.

Klik disini untuk mencetak