JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kumpulan Tal Tujuh

Kategori: Akidah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: Berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dibuat, Kumpulan Tal Tujuh didapati berpegang kepada ajaran dan fahaman yang menyeleweng dari syariat Islam. Diantara ajaran mereka ialah: 1. Mengaku dan mendakwa mendapat Ilmu Laduni; 2. Mengaku mereka mendapat Kasyaf; 3. Membuat keputusan sesuatu hukum berdasarkan mimpi dan mendakwa boleh mentadbir segala mimpi dengan tepat; 4. Mendakwa amalan haji yang dilakukan sekarang tidak betul dan tidak sah; 5. Pengikut tidak dibenarkan berkahwin selain daripada sesama pengikutnya sahaja; 6. Ahli-ahli yang keluar daripada kumpulan ini dianggap murtad rohaniah; 7. Ahli-ahli yang tidak mengikut arahan hendaklah diperangi dan dipulaukan; 8. Ahli-ahli yang menentang, halal darahnya. Berdasarkan penyelewengan-penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Kumpulan Tal Tujuh adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Klik disini untuk mencetak