JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masehi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim. Oleh itu, Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentul amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam diingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim. Seperti yang sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

1. Kepercayaan atau keyakinan di hati

2. Menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah

3. Perbuatan Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan Yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.

Klik disini untuk mencetak