JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Larangan Permainan Pokemon Go Kepada Masyarakat Islam.


Kategori: Akidah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

SIGHAH :


a) Permainan Pokemon Go adalah dilarang dan mestilah dijauhi kerana ia jelas membawa kepada kemudharatan yang boleh membawa kepada haram berdasarkan unsur-unsur seperti pembaziran masa dan wang ringgit, bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan data peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian, ketagihan yang melampau, kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling, gangguan emosi, keruntuhan akhlak serta ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.


b) Ini selari dengan kaedah Sadd al-Dzariah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan). Jawatankuasa menasihatkan agar pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan dan juga tiada unsur khuraat yang mengarut.


Klik disini untuk mencetak