JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Aktiviti Dan Kedudukan Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Bin Mat Zin.


Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

1. Bahawa upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin untuk apa-apa tujuan dengan menggunakan atau tidak menggunakan apa-apa objek adalah menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam.


2. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam adalah dilarang:


(a) menganut, mengamal, menjadi ahli, menjadi pengikut, mengisytiharkan diri sebagai ahli, mengisytiharkan diri sebagai pengikut perbomohan tersebut; atau


(b) memiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, memuat naik, memuat turun, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem amalan atau upacara perbomohan tersebut; atau


(c) mengajar, menyebar, menghidup, membantu, menganjur, mempromosi upacara atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.


3. Mana- mana orang Islam adalah dilarang bersubahat daripada melakukan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (ii).


4. Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (ii) hendaklah bertaubat. 


Klik disini untuk mencetak