JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menerbit Dan Mengedar Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Al-Quran.

 

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Sighah ; Mesyuarat bersetuju dengan sighah keputusan fatwa yang dibentangkan seperti berikut :-


1. Bahawa haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat Al-Quran dengan tulisan yang hukan huruf Arab, atau bukan tulisan Arab, atau bukan tulisan Al-Quran atas sebab-sebab berikut:-


a) Penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf roman atau latin tidak mempunyai beberapa huruf yang ada dalam bahasa atau huruf-huruf Arab menjadikan ia tidak dapat memainkan peranan sepertiman yang dilakukan oleh huruf-huruf Arab.


b) Sekiranya Al-Quran ditulis dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf Roman atau latin itu mengikut gaya bahasa Arab, pastilah akan terjadi kekurangan dan perubahan dalam lafaznya. Seterusnya akan berlaku pertukaran dan rosak makna Al-Quran itu.


c) Sesungguhnya nas-nas syariat telah menetapkan bahawa Al-Quran perlu dipelihara daripada segala perlakuan yang boleh membawa kepada penukaran dan penyelewengan.


2. Oleh itu, mana-mana orang Islam adalah diharamkan dan dilarang;


a) Menulis ayat-ayat Al-Quran dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf roman atau latin.


b) Mencetak, menerbit, menjual, mempamer, mengedar atau terlibat dengan apa-apa cara sekalipun dalam penulisan ayat-ayat Al-Quran dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf roman atau latin.


3. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara 2 (a) dan (b) di atas adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Melaka.


Klik disini untuk mencetak