JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki Atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) Di Malaysia

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2015 telah bersidang pada 27 – 29 Oktober 2015M / 14 – 16 Muharam 1437H, bertempat di Hyatt Regency Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki Atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) Di Malaysia dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


1)  Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa  jenazah   orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease : EVD)  hendaklah diuruskan melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahaya seperti melakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut sahaja.

 

2)   Muzakarah bersetuju supaya satu garis panduan pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia disediakan bagi memudahkan pengurusan jenazah bagi kes tersebut

Klik disini untuk mencetak