JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2015 telah bersidang pada 27 – 29 Oktober 2015M / 14 – 16 Muharam 1437H, bertempat di Hyatt Regency Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


  1. Berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambi lkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia. 
  2. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan. 
Klik disini untuk mencetak