JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) Menggunakan Mikro Organisma Terubahsuai

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2015 telah bersidang pada 27 – 29 Oktober 2015M / 14 – 16 Muharam 1437H, bertempat di Hyatt Regency Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) Menggunakan Mikro Organisma Terubahsuai dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Penggunaan Mikro Organisma   Terubahsuai iaitu Lactic Acid Bacteria yang diperolehi daripada ” Intestines Of Human Adult” (usus orang dewasa) dalam teknologi baru penghasilan  Monosodium  Glutamat  ( MSG ) adalah dibenarkan kerana bakteria yang digunakan tersebut dikategorikan sebagai mutanajjis dan ianya telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang tidak menyalahi hukum Syarak. 

Klik disini untuk mencetak