JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Penggunaan 10% Daripada Kutipan Saham Wakaf Sebagai Upah Kepada Amil Yang Dilantik

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2015 yang bersidang pada 28 Safar 1437H bersamaan 10 Disember 2015M telah meneliti dan membincangkan mengenai Hukum Penggunaan 10% Daripada Kutipan Saham Wakaf Sebagai Upah Kepada Amil Yang Dilantik.


Setelah meneliti keterangan dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa, mesyuarat memutuskan seperti berikut:


i. Tidak bersetuju untuk menggunakan 10% daripada kutipan saham wakaf sebagai upah kepada amil yang dilantik kerana wakaf itu adalah milik Allah Subhanu Wa Ta'ala. Pewakaf adalah pemilik wang tunai untuk Allah Subhanu Wa Ta'ala. Semua yang diwakafkan itu tidak boleh dikurangkan atau diambil persen daripadanya.


 ii. Walaubagaimanapun, pihak Majlis Agama Islam Melaka boleh memperuntukkan kadar 10% tersebut untuk membayar upah kepada amil yang dilantik dengan menggunakan wang baitulmal atau keuntungan pelaburan daripada saham wakaf tersebut.

 

Klik disini untuk mencetak