JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Had Berpaling Yang Dibenarkan Daripada Arah Qiblat (Had al-Tahawwul 'Ani al-Qiblat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2015 telah bersidang pada 27 – 29 Oktober 2015M / 14 – 16 Muharam 1437H, bertempat di Hyatt Regency Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Had Berpaling Yang Dibenarkan Daripada Arah Qiblat (Had al-Tahawwul 'Ani al-Qiblat dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Muzakarah berpandangan bahawa arah menghadap kiblat merupakan perkara ijtihadi dan  zanni.  Penentuan had tidak melebihi 3% bagi pesongan mihrab yang dibenarkan tidak perlu ditetapkan. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa had berpaling yang dibenarkan dari arah kiblat tidak perlu difatwakan, tetapi boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru

Klik disini untuk mencetak