JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Rokok  Elektronik dan Vape

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah yang bersidang pada 21 Januari 2016/ 13-15 Muharram 1437H yang bersidang di Bilik Mesyuarat Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah telah  membuat keputusan untuk memperakui tanpa pindaan fatwa yang telah dikeluarkan   dalam    Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil. 3/2015 yang bersidang pada 21 Disember 2015 di  Hotel  Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan seperti  berikut:-


Muzakarah memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik  dan vape adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape. 

Klik disini untuk mencetak