JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Isu Perkahwinan Kanak-kanak:Kajian Dari Aspek Agama, Kesihatan Dan Psikologi

Kategori: Munakahat
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil 1/2016 yang bersidang pada 1-3 Mac 2016M / 21-23 Jamadilaawal 1437H di Bilik Borneo Privilage, Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu telah menyemak dan mengambil maklum Fatwa yang di buat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berhubung dengan “Isu Perkahwinan Kanak-kanak:  Kajian Dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi. ”. Sehubungan dengan perkara ini, Muzakarah telah bersetuju dan membuat ketetapan untuk mengguna pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-106 pada 21 - 22 Oktober 2014 yang bertempat di TH Hotel & Convention Center, Terengganu dengan pindaan seperti berikut:- 


  1. Muzakarah  menegaskan  bahawa  para  ulama bersetuju bahawa secara  syar’i, perkahwinan  kanak-kanak  bukan  merupakan  perkara yang wajib atau sunat.Tiada hadis yang menyatakan bahawa perkahwinan kanak-kanak itu dianjurkan Perkahwinan pada zaman Rasulullah  SAW  yang  dilakukan oleh para sahabat lebih kepada       menjaga kemaslahatan    kanak-kanak.  Ia  termasuk dalam perkara harus tetapi hukumnya tertakluk kepada ketentuan Maqasid Syariah dan Qaedah Fiqhiyyah iaitu “Menjauhi Kerosakan” (Dar’ al-Mafasid) serta “Mengambil Maslahat” (Jalb al-Masalih). 
  2. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat-syarat yang ketat seperti berikut:- 


i) Dilakukan hanya untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie.


ii) Kanak-kanak tersebut (lelaki  dan perempuan)  hendaklah telah bersedia secara fizikal dan mental sebelum perkahwinan tersebut dilaksanakan.         

  

iii) Kanak-kanak tersebut (lelaki & perempuan) hendaklah mempunyai kematangan yang mencukupi bagi memahami tanggungjawab  dan sifat perkahwinan itu.


iv) Bakal   suami  hendaklah  mempunyai  pendapatan  dan  mampu   untuk  memberi nafkah kepada isteri.


v) Perkahwinan tersebut hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis  daripada  mahkamah, dan  permohonan berkenaan adalah dipohon oleh individu yang hendak berkahwin. 


Klik disini untuk mencetak