Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2016 yang bersidang pada 01 - 03 Mac 2016M / 22 - 24 Jamadilawal 1437H bertempat di Grand Borneo Hotel, Kinabalu bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tanpa sebarang pindaan seperti berikut:
Muzakarah bersetuju memutuskan supaya penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.