JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariah (KWSP-Islamik)

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2016 yang bersidang pada 01 - 03 Mac 2016M / 22 - 24 Jamadilawal 1437H bertempat di Grand Borneo Hotel, Kinabalu bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tanpa sebarang pindaan seperti berikut:


Muzakarah bersetuju  memutuskan  bahawa  KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian  terhadap  dividen  simpanan  semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke akaun KWSP-Islamik. 

Klik disini untuk mencetak