JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Cordyceps  Sinensis  dalam Proses Pembuatan Ubat Tradisional

Kategori: Perubatan
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2016 yang bersidang pada 01 - 03 Mac 2016M / 22 - 24 Jamadilawal 1437H bertempat di Grand Borneo Hotel, Kinabalu bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tanpa sebarang pindaan seperti berikut:


  1. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan Cordyceps Sinensis dalam proses pembuatan ubat tradisional atau  produk  makanan kesihatan adalah diharuskan kerana Cordyceps  Sinensis  asli  terhasil  daripada  bahan  yang tidak menajiskan, manakala Cordyceps Sinensis yang  terhasil  melalui proses makmal juga hanya menggunakan  bahan-bahan  daripada    tumbuh-tumbuhan sebagai medium pembiakan.
  2. Walaubagaimanapun,sekiranya penghasilan Cordyseps Sinensis secara makmal tersebut menggunakan bahan-bahan yang diharamkan sebagai medium pembiakan, maka penggunaannya dalam proses pembuatan apa jua produk sama ada ubat tradisional atau produk makanan kesihatan adalah diharamkan.


Klik disini untuk mencetak