Berpuasa Dan Berhari Raya Di Dua Buah Negara
Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah yang bersidang pada 21 Januari 2016/ 13-15 Muharram 1437H yang bersidang di Bilik Mesyuarat Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Berpuasa Dan Berhari Raya Di Dua Buah Negara” dan telah bersetuju memutuskan bahawa:
1. Tarikh berpuasa dan berhari raya adalah bergantung kepada di mana seseorang itu berada.
2. Bagi orang yang bermusafir dari sebuah negeri/negara ke sebuah negeri/Negara yang lain yang mempunyai perbezaan mathla’ (tempat terbit anak bulan), apabila dia sampai di negeri yang ditujunya itu, beberapa perkara perlu diberi perhatian:
a. Jika penduduk negeri itu berpuasa, hendaklah dia mengikut berpuasa atau sekadar menahan diri.
b. Jika penduduk negeri itu tidak berpuasa, hendaklah dia mengikuti mereka.
c. Jika penduduk negeri itu berhari raya hendaklah dia mengikut sama berhari raya (tidak berpuasa). Jika puasanya kurang 29 hari , hendaklah dia mengqadha’kan puasanya.