Pendermaan Dan Pemindahan Rahim
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 27 pada 6 Safar 1437H/ 18 November 2015M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:
Hukum asal pendermaan dan pemindahan rahim adalah haram dan tujuan untuk mendapatkan zuriat hanyalah bersifat takmiliyyah iaitu sebagai pelengkap kehidupan berkeluarga.
Keperluan mendapatkan zuriat melalui pendermaan dan pemindahan rahim di Malaysia belum berada pada tahap darurah.
Keperluan mendapatkan zuriat melalui pembedahan dan pemindahan rahim bagi wanita yang mempunyai rahim yang bermasalah atau tidak mempunyai rahim hanya sekadar berada pada tahap tahsiniyyat.
Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurah yang boleh membenarkan sesuatu perkara yang diharamkan.