Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 27 pada 6 Safar 1437H/18 November 2015M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:
Polisi insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana telah bercanggah dengan teori kontrak dalam Islam. Oleh kerana polisi tersebut adalah tidak mematuhi prinsip syariah, manfaat yang telah terbit daripada polisi tersebut iaitu pampas an polisi juga dikategorikan sebagai harta tidak patuh syariah.
Pampasan polisi insurans konvensional tidak boleh diwarisi oleh ahli waris simati melainkan kadar jumlah pokok caruman simati sepanjang hayatnya. Adalah menjadi keperluan kepada ahli waris untuk melupuskan harta tidak patuh syariah tersebut seperti fatwa yang telah ditentukan oleh para ulama'.