JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Istibdal Wakaf Dalam Islam

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri sarawak Kali Ke 27 pada 6 Safar 1437H/ 18 November 2015M/ sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:


Wakaf Gantian (wakaf ibdal) ialah bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan.


Harta yang akan dijadikan gentian sebagai mawquf (amwal al-badal), ia tertakluk kepada beberapa syarat berikut:


a.   Harta gentian sebagai mawquf itu adalah lebih baik daripada mawquf yang asal;


b.   Harta gentian itu hendaklah terdiri daripada jenis harta yang sama atau lebih baik sama ada harta

alih atau harta tak alih;


Harta gentian itu ditukarkan dengan aset kekal atau dalam bentuk wang tunai dan diuruskan oleh Majlis Islam Sarawak.


Harta gentian boleh mendatangkan manfaat bagi satu tempoh yang panjang.



Klik disini untuk mencetak