JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dari Perspektif Hukum Syarak

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 8 Rabiulakhir 1437H/ 18 Januari 2016M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:


Hukum Rokok Elektronik dan Vape adalah haram di sisi syarak kerana ianya jelas menyalahi ‘maqasid syar’iyyah’ iaitu memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta termasuk dalam perkara keji. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh “سد الذريعة” iaitu menutup pintu kerosakan. Ini bermakna menyekat sesuatu yang boleh membahayakan diri seseorang adalah perlu dijauhi.

 


Klik disini untuk mencetak