Hukum Mengenai Pernikahan Dan Pendaftaran Pasangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Dengan Penganut Syiah Di Negeri Sabah
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2016 telah bersidang pada 10-11 Ogos 2016M / 07-08 Zulkaedah 1437H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Pernikahan Dan Pendaftaran Pasangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Dengan Penganut Syiah Di Negeri Sabah” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
Pernikahan dan Pendaftaran pasangan Syiah adalah tidak sah di atas sebab-sebab berikut:
1. Maslahah Umat Islam berdasarkan kepada kaedah Fiqh:
تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة
Maksudnya: “ Tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah bergantung pada maslahah”.
2. Bercanggah dengan tafsiran Hukum Syarak di bawah seksyen 2 Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004.
3. Perkahwinan yang telah didaftarkan dan diberi sijil nikah hendaklah dibatalkan dan ditarik balik.
4. Keputusan Muzakarah Fatwa Bil. 1/2013 telah bersidang pada 02-04 Disember 2013M / 28 Muharam hingga 01 Safar 1435H, bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah berkenaan Ajaran Syiah Di Negeri Sabah adalah terus berkuatkuasa.