JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Vaksin Menurut Perspekstif Islam

Kategori: Perubatan
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2016 telah bersidang pada 10-11 Ogos 2016M / 07-08 Zulkaedah 1437H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Vaksin Menurut Perspekstif Islam” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Setelah mengambil kira padangan dan keputusan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan serta pembentangan daripada wakil Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkenaan “Hukum Vaksin Menurut Perspekstif Islam” maka muzakarah memutuskan bahawa;


Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin adalah diharuskan jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci.


Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:


i. Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis. Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.”


ii. Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara darurat. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini. Kaedah الضرورات تبيح المحظورات iaitu mudarat mengharuskan yang haram. Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah lain iaitu الضرورات تقدر بقدرها yang bermaksud mengambil darurat cukup yang perlu sahaja.


Oleh itu, masyarakat Islam di negeri Sabah tiada halangan untuk mendapatkan suntikan vaksin yang halal menurut pandangan syarak.

Klik disini untuk mencetak