JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menerbit Dan Mengedar Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24 Mei 2017 / 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Menerbit Dan Mengedar Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa: 


  1. Haram ditulis dan diterbitkan terjemahan al-Quran tanpa teks asal Al-Quran.
  2. Berdasarkan kaedah سد الذرائع, maka penulisan dan penerbitan terjemahan al-Quran  tanpa teks asal al-Quran perlulah ditegah dan  dilarang  supaya masyarakat tidak keliru membezakan antara terjemahan al-Quran dan teks sebenar al-Quran.
  3. Penerbitan terjemahan al-Quran terutamanya dalam Bahasa Inggeris atau  apa-apa bahasa sekalipun tanpa teks asal al-Quran turut dikhuatiri akan mengelirukan pembaca 


Klik disini untuk mencetak