JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24 Mei 2017 / 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa: 


1.   Bahan yang berpunca dari arak adalah haram.


2.   Asid tartarik yang menggunakan wine-lees adalah haram kerana


i.   ia terhasil daripada pemeraman arak yang telah sempurna dan bukannya sebelum menjadi arak.


ii.   Istihalah yang berlaku secara semulajadi daripada arak adalah dibenarkan. Proses nyah alkohol secara penyulingan wine-less tidak berlaku secara semulajadi dan tidak dibenarkan.


3. Asid tartarik yang bukan berasal daripada wine-lees adalah dibenarkan.


Klik disini untuk mencetak