JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memberi Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam 

Kategori: Ibadah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2017 telah bersidang pada 23-24 Mei 2017/26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam” dan telah bersetuju memutuskan sebagai panduan orang Islam di Negeri Sabah bahawa:


Muzakarah bersetuju memutuskan sebagai panduan orang Islam di Negeri Sabah bahawa harus memberi makan, mengagihkan atau menghadiahkan daging Korban Sunat sahaja kepada orang bukan Islam terutama ahli keluarga, kaum kerabat dan fakir miskin atas sebab maslahah dalam masyarakat majmuk, sementara Korban Wajib adalah tidak harus.


Klik disini untuk mencetak