JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Bahasa ‘Ajam (Selain Arab) Pada Khutbah Jumaat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24 Mei 2017 / 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Menggunakan Bahasa ‘Ajam (Selain Arab) Pada Khutbah Jumaat” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa: 


1. Harus berkhutbah selain bahasa Arab dengan syarat rukun-rukun khutbah wajib dalam Bahasa Arab.


2. Wajib Muwālāt pada rukun-rukun khutbah. Walau bagaimanapun, bahasa ‘Ajam (selain Arab) tidak dianggap membatalkan Muwālāt.

Klik disini untuk mencetak