JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penamaan Makanan Dan Minuman : Status Halal Dan Isunya

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24 Mei 2017 / 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Penamaan Makanan Dan Minuman : Status Halal Dan Isunya.” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa: 


1.  Tidak boleh menamakan sesuatu makanan dan minuman yang halal dengan  sesuatu yang haram.


2.  Tidak boleh menamakan sesuatu makanan dan minuman yang haram dengan  sesuatu yang halal.


3. Hendaklah kita menjauhkan dari sebarang unsur tashabbuh (penyerupaan) dalam penamaan makananan dan minuman kerana ia membawa kekeliruan kepada masyarakat awam.

Klik disini untuk mencetak