JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Valet Doa 

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24 Mei 2017 / 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Valet Doa.” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan Islam di Negeri Sabah bahawa: 


1.   Perniagaan Valet Doa adalah sama sekali tidak menepati ajaran Islam yang sebenar dan tidak mengikut syariat.


2.   Sebarang bentuk meniagakan doa, mengeksploitasi agama bertujuan mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan serta tidak ikhlas untuk mendoakan adalah tidak dibenarkan.


3.   Eksploitasi agama dengan memberi jaminan hajat yang didoakan Valet Doa pasti termakbul serta boleh dikategorikan sebagai khurafat dan bid’ah.


4. Menetapkan amaun bayaran tertentu sebagai upah mendoakan dan tidak ikhlas untuk menyampaikan doa orang lain di hadapan Kaabah.


5.   Valet Doa ini tidak terlepas daripada unsur-unsur penipuan.


6.Sebagai sadd al-dharāi’ (سد الذرائع) kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan konsep doa bagi tujuan komersial,muzakarah bersetuju bahawa Valet Doa untuk tujuan mengaut keuntungan hendaklah dihentikan.

Klik disini untuk mencetak