Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2017 telah bersidang pada 27-28 September 2017 / 6-7 Muharram 1439H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Mandi Safar” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
- Mandi Safar adalah ritual yang bertentangan dengan hukum syarak.
- Ia adalah suatu bidaah yang keji dan mengandungi beberapa iktikad yang fasid serta aktiviti yang tidak senonoh.
- Mana-mana orang Islam yang melakukan ritual atau aktiviti Mandi Safar atau seumpamanya adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau undang-undang lain yang berkuatkuasa di negeri ini.