JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pesta Pongal Dan Tanglung


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 pada 18-19 April 2017 telah membincangkan mengenai Pesta Pongal dan Tanglung. Mesyuarat memutuskan bahawa:


1) Orang Islam dilarang daripada menyertai atau menganjurkan perayaan Pongal dan Tanglung kerana ia mempunyai unsur-unsur khurafat, pemujaan dan penyembahan sepertimana yang diharamkan oleh agama Islam.


2) Tiada larangan untuk orang Islam untuk memasak makanan pongal ‘Sakarai' atau membuat tanglung pada mana-mana waktu selain daripada hari perayaan Pongal mahupun Tanglung.


Klik disini untuk mencetak