JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Larangan Permainan Pokemon Go Kepada Masyarakat Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2016 yang bersidang pada 22 Ogos 2016 telah membincangkan mengenai Larangan Permainan Pokemon Go Kepada Masyarakat Islam. Mesyuarat meutuskan bahawa:


(i) Umat Islam adalah dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam aplikasi permainan Pokemon Go kerana ia membawa kepada kemudaratan berdasarkan sabda Nabi S.A.W:


  لا ضرر و لا ضرار

Maksudnya: Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.


(ii) Permainan Pokemon Go mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian.


(iii) Permainan ini berdasarkan kes-kes yang telah berlaku membawa kepada beberapa isu iaitu:


a. Bahaya daripada segi pengintipan pihak luar.

b. Pencerobohan ruang peribadi.

c. Faktor keselamatan seperti kemalangan.

d. Kelalaian.

e. Ketagihan melampau terhadap gajet.

f. Kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling.

g. Gangguan emosi, seperti mudah marah akibat kekalahan.

h. Membawa kepada akhlak yang buruk.

i. Ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.


(iv) Larangan dan nasihat ini adalah selari dengan kaedah Sadd al-Dzari'ah (سد الزريعة ) atau menutup pintu-pintu yang menuju kerosakan.


(v) Mengesyorkan pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan dan tiada unsur khurafat. Firman Allah S.W.T:


افحسبتم انما خلقناكم عبثا وانكم الينا لا ترجعون

Maksudnya: Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami. (Surah al-Mukminun : 115)


Klik disini untuk mencetak