Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Confrence)
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2016 yang bersidang pada 19 Januari 2016 bersamaan 9 Rabiulakhir 1437H berkaitan Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Confrence) memutuskan bahawa:
Harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut:-
a. hendaklah majlis ini berlangsung ditahap yakin;
b. tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan;
c. memenuhi rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak;
d. ada halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis; dan
e. tertakluk kepada Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.