Hukum Tarian Poco-Poco Menurut Perspektif Islam
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2016 yang bersidang pada 19 Januari 2016 bersamaan 9 Rabiulakhir 1437H berkaitan Hukum Tarian Poco-Poco Menurut Perspektif Islam memutuskan bahawa:
Apa jua bentuk tarian sama ada poco-poco dan sebagainya tidak boleh bertentangan dengan ajaran Islam. Bentuk tarian yang dilakukan hendaklah merujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam antaranya:-
a berpakaian menutup aurat, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam;
b. gerak tari yang disembahkan tidak menimbulkan fitnah;
c.tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah;
d. tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan agama bukan Islam; dan
e. tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
Sumber: