JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis Diraja Malaysia.

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 3/2016 yang bersidang pada 27 Mei 2016 bersamaan 20 Syaaban 1437H berkaitan Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis Diraja Malaysia memutuskan bahawa:


1. Haram anggota polis beragama Islam mengusung jenazah anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak. Walaubagaimanapun, jika si mati itu ahli keluarga atau teman rapatnya maka adalah harus dengan syarat tidak terlibat dalam sebarang upacara keagamaan.


2. Haram jenazah anggota polis beragama Islam diusung oleh anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak.


3. Haram anggota polis beragama Islam terlibat dalam pancaragam sewaktu upacara pengkebumian jenazah anggota polis.


4. Haram melepaskan tembakan selepas pengebumian jenazah anggota polis beragama Islam kerana melepaskan tembakan, muzik dan bunyi-bunyian tidak dibenarkan di tanah perkuburan.


5. Haram tiupan bugle selepas upacara pengebumian dijalankan kerana ia termasuk meninggikan suara di tanah perkuburan.


6. Haram menggunakan bunyi-bunyian atau muzik dalam pengurusan jenazah orang Islam.



7. Haram menggunakan kalimah Allah dan Muhammad pada pakaian seragam anggota polis kepada jenazah anggota polis. 

Klik disini untuk mencetak