JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pindaan Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan Negeri Selangor.

Kategori: Zakat
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 3/2016 yang bersidang pada 27 Mei 2016 bersamaan 20 Syaaban 1437H berkaitan Pindaan Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan Negeri Selangor memutuskan bahawa:



Kadar ‘uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada pertimbangan 800 gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar ‘uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat.


Pembatalan:

Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan Negeri Selangor [Sel. P.U. 15/2005] yang disiarkan pada 23 Jun 2005 dibatalkan.

Klik disini untuk mencetak