Hukum Pengguguran Kandungan Ibu Hamil Yang Dijangkiti Virus Zika
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2017 yang bersidang pada 31 Januari 2017 bersamaan 3 Jamadilawwal 1438H berkaitan Hukum pengguguran kandunagn ibu hamil yang dijangkiti virus Zika memutuskan bahawa:
i. Ibu hamil yang dijangkiti virus Zika adalah dilarang menggugurkan kandungan atau janin. Walau bagaimanapun sekiranya dengan meneruskan kandungan tersebut boleh membahayakan nyawa ibu maka ia diharuskan dengan alasan dharurah;
ii. Sekiranya kandungan atau janin yang dijangkiti virus Zika boleh membawa kepada kecacatan yang teruk, dan ia belum mencapai usia 120 hari, maka ia harus digugurkan dengan alasan hajah dan maslahah;
iii. Dalam membuat pertimbangan untuk menggugurkan kandungan atau janin yang dijangkiti virus Zika ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) mendapat pengesahan pakar-pakar perubatan yang dipercayai;
(b) pengguguran tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih teruk;
(c) keputusan dibuat secara case by case;
(d) mendapat persetujuan pasangan/ waris sekiranya tiada pasangan.