Pindaan Sighah Fatwa Status Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H berkaitan Hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memutuskan bahawa:
1. Hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syarak telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti. Pengharusan ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah iaitu الحكم يدور مع علته وجودا وعدما ertinya “Hukum Berubah Menurut Perubahan ‘Illah (sebab)” ;
2. PNB hendaklah meneruskan usaha-usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan tersebut menepati syarak sepenuhnya; dan
3. Keharusan hukum pelaburan ini akan dikaji semula selepas 3 tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75%.