Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah: Kajian Perkembangan Dan Amalannya Di Malaysia
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H berkaitan Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah: Kajian Perkembangan dan Amalannya Di Malaysia memutuskan bahawa:
1. Kandungan zikir, selawat dan tahlil yang terdapat di dalam pengamalan Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah tidak bertentangan dengan unsur-unsur akidah dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan
2. Aspek berkaitan kepercayaan dan amalan dalam Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah yang diamalkan oleh semua cabang-cabang Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah di Malaysia tidak bertentangan dengan prinsip syariat Islam dalam kerangka Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Fatwa ini dibuat berdasarkan Seksyen 52 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana telah disembah maklum dalam Pre-Council Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 2017.