Fatwa Zakat Emas Perhiasan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21/2016 yang bersidang pada 18-19 Februari 2016 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1437H telah memutuskan seperti berikut:
Setelah berbincang dengan panjang lebar dan meneliti hujah-hujah yang dibentangkan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan seperti berikut:
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang telah bersidang pada 11 Mei 1988 seperti berikut:
i) Tiada perbezaan mengenai kewajipan zakat ke atas emas yang dipakai atau emas yang disimpan ;
ii) Tiada istilah Had Uruf di Negeri Perlis ;
iii) Semua pemilik emas yang melebihi nisab 85 gram emas dikenakan zakat.