JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Berkaitan Vaksin

Kategori: Perubatan
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-23/2016 yang bersidang pada 3-4 Oktober 2016 bersamaan 2-3 Muharram 1438H telah memutuskan seperti berikut:


Melindungi anak-anak daripada bahaya atau kemudharatan merupakan tanggungjawab yang wajib ke atas ibubapa. Pengambilan vaksin pada masa ini terbukti merupakan kaedah yang paling berkesan bagi melindungi anak daripada wabak penyakit yang merbahaya seperti cacar, polio, influenza, meningococcal, cirit-birit dan lain-lain.


Maka pengambilan vaksin bagi melindungi anak dari serangan wabak termasuk dalam tanggungjawab ibubapa atau penjaga yang wajib ditunaikan. Kecuaian dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membawa mudharat kepada anak-anak adalah berdosa.


Keengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh menyebabkan penularan wabak penyakit merbahaya ke dalam masyarakat merupakan satu lagi dosa.



Klik disini untuk mencetak