JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Perayaan Bukan Islam Dalam Konteks Malaysia

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29/2017 yang bersidang pada 18-19 April 2017 bersamaan 21-22 Rejab 1438H telah memutuskan seperti berikut:


Melakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang Islam adalah sesuatu yang dituntut. Walau bagaimanapun, usaha melakukan kebaikan tersebut sama sekali tidak boleh bertentangan dengan akidah.


Menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain Islam.


Menghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut dengan Muslim yang hadir itu adalah dibenarkan. Ini jika ada keperluan untuk melakukan hal sedemikian seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah dengan syarat tidak meredhai kekufuran.


Ucapan selamat bersempena dengan perayaan bukan Islam adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama. Berdasarkan realiti di Malaysia, adalah diharuskan ucapan selamat kepada bukan Islam jika amalan tersebut menjadi budaya dan bukan lagi amalan keagamaan. Ini dengan syarat ungkapan itu tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran. Keharusan ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah

Klik disini untuk mencetak