JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Khitan Anak Perempuan

Kategori: Ibadah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29/2017 yang bersidang pada 18-19 April 2017 bersamaan 21-22 Rejab 1438H telah memutuskan seperti berikut:


Setelah melihat dalil-dalil yang dibincangkan oleh ulama dan penelitian pakar perubatan dalam hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat seperti berikut:


“Hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita. Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar. Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu ‘Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama. Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya.”


Adapun khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat tanpa merujuk keperluannya kepada pakar merupakan amalan yang tidak mempunyai apa-apa asas dalil syarak, bahkan mungkin mendedahkan bayi kepada kemudharatan jika dilakukan secara yang salah.


Andaian bahawasanya rangsangan seks berlebihan pada wanita disebabkan tidak berkhitan adalah tidak memiliki apa-apa alasan yang kukuh. 

Klik disini untuk mencetak