Hukum Pemberian Zakat Kepada Bukan Muslim
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-26/2017 yang bersidang pada 3 Februari 2017 bersamaan 6 Jamadil Awwal 1438H telah memutuskan seperti berikut:
Zakat kepada bukan muslim di bawah Asnaf ‘muallafah qulubuhum’ (golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam) boleh diberikan atas kemaslahatan yang ditentukan oleh Ulil Amri. Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih.